Tiga Tahun di Singapura: Memoir Kewartawanan Pak Sako, 1937-1940

Tiga Tahun di Singapura: Memoir Kewartawanan Pak Sako, 1937-1940

Regular price RM35.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Shipping calculated at checkout.

Penghijrahan Pak Sako ke Singapura membuka lembaran baharu dalam kehidupan beliau dari segi kerjaya dan perjuangan kebangsaan Melayu. Beliau menimba pengalaman yang lebih luas kerana hidup di kota kosmopolitan seperti Singapura ketara berbeza berbanding tinggal di bandar biasa apatah lagi di desa.

Selepas ditawar bertugas di Warta Malaya selaku pengarang sekaligus wartawan, beliau mula berjinak-jinak dengan perjuangan kebangsaan Melayu menerusi Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Perkara penting dan bersejarah dalam kehidupan Pak Sako dalam tempoh tiga tahun berada di Singapura adalah keterlibatan beliau dalam penubuhan akhbar Utusan Melayu pada tahun 1939. Utusan Melayu penting bagi orang Melayu sebagai wadah perjuangan bangsa ini, membangkitkan kesedaran dan menjadi lidah pembela nasib orang Melayu.

Apakah peranan Pak Sako di sebalik penubuhan Utusan Melayu dan apakah pendedahan yang diperlolehi beliau sepanjang tiga tahun tinggal di Singapura? Buku ini yang merupakan hasil air tangan Pak Sako sendiri mengungkapkan jawapan dari persoalan tersebut.


Share this Product