Sumber Historiografi Alam Melayu Koleksi John Bastin
Regular price
RM78.00 MYR
Shipping calculated at checkout.
Koleksi John Bastin yang diperolehi pada tahun 1995 adalah kumpulan buku tentang Alam Melayu yang amat menarik dan bernilai tinggi yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia. Koleksi ini mengandungi 3071 judul yang menjadi sumber sejarah dan historiografi yang komprehensif dan amat penting sebagai satu kesatuan dalam membantu kita memahami sejarah dan tamadun Alam Melayu dan juga historiografi kajian Alam Melayu di seluruh dunia.
Koleksi ini mengandungi tiga subjek utama iaitu Sejarah Purba dan Arkeologi, Sejarah Melaka, Orang Melayu dan Tamadun Melayu. Ketiga-tiga subjek ini menjadi perhatian dalam penelitian alam Meayu di seluruh dunia, terutama di Barat (dalam Malay Studies). Semua bahan ini dianalisis berdasarkan format bahan (sama ada monograf, kertas kerja, tesis, makalah, buku), asal usul bahan, tempat dan tarikh penerbitan, bahasa, pengarang dan tema yang dibahaskan. Antara karya pengarang yang tersimpan ialah oleh William Milne, Francois Valentyn, Paul Wheatly, R.O. Wintedt, C.O. Blagden, Mubin Sheppard, Zainal Abidin Ahmad (Zaba), Amin Sweeney, William R. Roff dan Syed Hussein Alatas. Bahan terawal koleksi ini bertarikh 1726 dan dikumpul sehingga bertarikh 1993, iaitu merangkumi tempoh 276 tahun kajian Alam Melayu.