Seksologi - Ilmu Perkasihan Melayu

Seksologi - Ilmu Perkasihan Melayu

Regular price RM100.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Shipping calculated at checkout.
Karya ini merupakan satu bidang yang popular dalam masyarakat Melayu pada masa lalu dan masa kini, merupakan bidang ilmu yang sangat luas penyebarannya. Sebagai warisan budaya Melayu ilmu ini terdapat dalam pelbagai teks, termasuk manuskrip, baik yang telah diterbitkan mahupun yang masih dikaji. Ringkasnya bidang ilmu ini juga adalah antara ilmu-ilmu tradisional Melayu yang telah tersebar sejak ratusan tahun yang lalu. Dalam situasi masa kini, bidang ini juga tergolong popular dengan adanya pelbagai judul buku diterbitkan dan diedar melalui kedai-kedai buku khasnya dalam kategori pengetahuan agama Islam. Untuk kajian ini bahan-bahan sumber yang digunakan untuk meliputi sebahagian besar daripada teks-teks manuskrip yang khusus membicarakan bidang ini yang secara umum dikategorikan sebagai ilmu jimak atau ilmu perempuan (ilm an-Nisa) seperti MSS 686, MSS 2219, MSS 1584 dan MSS 2905 dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Selain daripada itu puluhan teks yang tergolong dalam kategori Kitab Tib yang juga membicarakan persoalan yang sama, mengenai jimak atau wati, di samping persoalan lain, misalnya mengenai memperkasakan keupayaan wati, penyakit yang berhubungan, sakit tuan dan sakit puan, seterusnya pelbagai ilmu lain, seperti yang dibincangkan dalam kajian ini.

Share this Product