Gerakan Pembaharuan Islam: Satu Kajian di Negeri Perlis

Gerakan Pembaharuan Islam: Satu Kajian di Negeri Perlis

Regular price RM55.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Tax included. Shipping calculated at checkout.

Gerakan pembaharuan sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia. Gerakan Pembaharuan ini adalah satu wadah perjuangan untuk menghidupkan semula garis pemikiran dan tamadun kaum salaf yang salih dan melepaskan diri dari ikatan pemikiran tradisional. Kajian yang dilakukan oleh Bahagian Pengajian Islam USM ini telah memusatkan peneyelidikan mereka di Perlis kerana hanya negeri inilah yang telah menerima dasar-dasar gerakan pembaharuan ini malah ianya termaktub dalam perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Namun begitu pengkajian juga telah dilakukan dengan detail di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Tokoh-tokoh yang berjasa dalam memperjuangkan gagasan pembaharuan di setiap negeri telah di tonjolkan dan kejayaan yang telah dicapai gerakan pembaharuan dalam bidang keagamaan, pendidikan, ekonomi dan sosial (politik) juga telah dihuraikan dengan baik. Turut disentuh dalam penyelidikan ini adalah perkara-perkara yang sering dibalahkan oleh kelompok tradisional dan kaum muda seperti Tahlil, Talqin, Marhaban, Zikir secara kuat beramai-ramai selepas solat, Niat Usolli, azan 2 kali pada hari Jumaat, Tawheed asma Wa Sifat dan lain-lain. Kemudiannya diberikan pula pendapat sebenar Imam Muhammad bin Idris as-Syafi'i Rahimahullah Ta'ala atas isu-isu tersebut.


Share this Product