Warisan Seni Bina Kereta Api di Tanah Melayu
Seni bina stesen kereta api di Tanah Melayu mempunyai sejarah dan warisannya tersendiri. la kaya dengan seni bina tradisional dan moden bersama warisan sejarah yang menggambarkan perkembangan sistem pengangkutan kereta api di negara ini.
Pengumpulan data awal telah dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar seni bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama penyelidik dari Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), UTM dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Peranan stesen kereta api bukan sahaja sebagai penghubung di antara negeri, malah ia juga menjangkau kepada pengaruh perkembangan sesebuah lokaliti.
Buku Warisan Seni Bina Stesen Kereta Api di Tanah Melayu ini sangat unik dan komprehensif kerana menggabungkan penceritaan rangkaian pengangkutan kereta api sebagai rangkaian perhubungan di Semenanjung Malaysia sehingga ke Singapura di samping memerihalkan seni bina setiap stesennya.