Homo Historikus: Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia
Perihal jatuh bangunnya tanah air ini bermula dengan catatan tradisional yang berunsur sastera dan bercampur dengan elemen mitos dan legenda. Rekod sejarah kita mula memasuki fasa moden di mana sejarah ditulis dengan objektif tetapi mempunyai peresapan elemen kolonial yang kuat. Dengan berkembangnya kesedaran tentang pendidikan dan nasionalisme, kesedaran sejarah juga akhirnya mula muncul dalam kalangan anak-anak watan. Kesedaran ini melahirkan homo historikus, iaitu manusia sejarah yang bukan sahaja sedar akan kepentingan sejarah tetapi memahami bahawa mereka adalah sebahagian dari sejarah itu.
"Banyak perbahasan menarik yang merangkumi hubungan manusia dengan sejarah. Buku ini juga memuatkan pelbagai pandangan dan pendapat berkaitan perkembangan kesedaran sejarah di Malaysia. Sangat wajar dibaca oleh mereka yang berminat tentangnya"
- Abdullah Zakaria Ghazali, Professor Emeritus Universiti Malaya
"Homo Historikus membuka ruang untuk menjalinkan satu perbicaraan mengenai apa itu erti sejarah yang sebenarnya. Penulis cuba mengatasi tanggapan sejarah hanya sebagai fakta, dan meneroka ilmu sejarah sebagai sebuah pemikiran"
- Eddin Khoo, Pengarah Organisasi Pusaka