Pensejarahan Patani

Pensejarahan Patani

Regular price RM30.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Shipping calculated at checkout.

Penulisan Pensejarahan Patani adalah buku bercorak historiografi tentang kajian teks sejarah TarikhPatani dan Hikayat Patani. Buku ini terhasil darikesedaran perlunya bahan yang bertaburan tentang Patanidikumpulkan untuk dijadikan bacaan umum. Pelbagai isuyang tercetus dewasa ini di Selatan Thai menarik perhatian mereka yang ingin menelusuri keadaan sebenar latarbelakang wilayah-wilayahnya. Menyusur sejarahnya yang panjang, Selatan Thai merupakan sebahagian gugusan negeri Melayu Semenanjung yang terpisah dan terpinggirangkara kolonial British. Bekas negeri Patani yang terdiri daripada wilayah-wilayah Patani, Yala dan Narathiwat diberi gambaran sebagai hanyalah kelompok masyarakat Islam-Thai di Selatan Thai dan bukannya sebagai pusat
kegiatan budaya dan peradaban bangsa Melayu yang pernah mencapai zaman kegemilangannya. Malahan daripada sumber yang diperoleh mencerminkan Patani pernah berperanan sebagai pusat kegiatan persuratan Melayu berunsur Islam yang gah dan pelopor kegiatan sastera dengan kemunculan penulis berstatus ulama yang menghasilkan kitab agama tersohor. Buku ini diharap menjadi pencetus kesedaran betapa pentingnya sejarah dan pensejarahan Patani ditulis semula sejajar kemunculan pusat kegiatan persuratan yang muncul di serata Nusantara demi menghasilkan manuskrip untuk mengisi khazanah persuratan Melayu. Buku ini sebagai tatapan kepada pembaca agar mendapat gambaran betapa Patani yang dulunya pernah mengecap zaman keagungan dan kegemilangannya itu, lalu membuat perbandingan akan nasib malang yang membawa kemalapannya akibat dibelenggu penjajahan lebih seratus tahun.


Share this Product