Bintang Merah di Langit Malaya: Sebelum dan Selepas Pendudukan Jepun
Buku yang ditulis berdasarkan kajian arkib nan meluas di serata Malaysia, Britain, Jepun dan Amerika Syarikat ini menghuraikan pengaruh pendudukan Jepun terhadap pembentukan semula Malaya. Selepas Jepun menyerah kalah, gerila komunis keluar dari hutan rimba lantas mencengkam 70% kawasan pekan dan kampung sehingga mengancam keselamatan ibu pertiwi. Pada masa yang sama, pegawai pentadbiran British pula kembali ke Malaya untuk mengambil semula pemerintahan tanahair. Maka bermulalah episod ketegangan antara Parti Komunis Malaya, orang Melayu, orang Cina dan Pentabiran Tentera British (BMA). Semua peristiwa ini merupakan penentu masa depan politik Malaya dan menjadi asas bagi memahami perkembangan masyarakat Tanah Melayu pada separuh abad ke-20.