Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia

Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia

Regular price RM88.00 MYR Unit price per
Tax included. Shipping calculated at checkout.

Polemik mengenai bantuan demokrasi ataupun dikenali umum di Malaysia
sebagai pendanaan asing merupakan isu yang meluas dibahaskan semenjak 2011
sehinggalah pasca Pilihan Raya Umum Ke-14. Biarpun bukan merupakan sebuah
isu yang baru, pendendangan isu ini telah menimbulkan kepanikan moral apabila
beberapa organisasi masyarakat sivil dan juga parti politik didakwa terlibat dalam aktiviti
subversif bagi menjatuhkan pemerintah ketika itu, Barisan Nasional dengan kaedah yang
tidak demokratik. Kempen penutupan ruang yang turut berlaku di peringkat antarabangsa ini menjadikan bantuan demokrasi telah disinonimkan sebagai satu instrumen pertukaran rejim.

Buku yang disiapkan menerusi kajian selama lima tahun ini hadir bagi mendalami polemik mengenai bantuan demokrasi yang disalurkan ke Malaysia. Selain daripada karya pertama yang membincangkan secara komprehensif aktiviti, aktor, pendekatan dan bentuk bantuan demokrasi yang disalurkan ke Malaysia, ia juga menjawab beberapa persoalan penting yang sentiasa dibangkitkan oleh pengkritik seperti peranan Amerika Syarikat, bentuk bantuan yang diterima oleh parti-parti politik, kebebasan masyarakat sivil, peranan Anwar Ibrahim serta impak sebenar yang dihasilkan oleh program bantuan demokrasi di Malaysia.

Memandangkan isu bantuan demokrasi seringkali dibingkaikan secara simplistik dan konspiratorial, wujudnya kesenjangan yang jelas antara kefahaman masyarakat dan pengkritik dengan realiti yang mengambil tempat di peringkat pelaksanaannya. Pertukaran rejim yang berlaku dalam PRU-14 yang lalu juga telah meletakkan konteks tersendiri mengenai batasan yang wujud dalam memperkatakan peranan aktor luar dalam mempengaruhi trajektori pendemokrasian di
sebuah negara semiautoritarian seperti Malaysia.


Share this Product