Ratib Al-Haddad di Alam Melayu

Ratib Al-Haddad di Alam Melayu

Regular price RM49.90 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Tax included. Shipping calculated at checkout.
“Barangsiapa orang yang membiasakan atas ratib kami, nescaya dikurniai [oleh] Allah akan dia sebaik-baik kesudahan mati dalam kalimah (husn al-khatimah)”

– al-Imam al-Habib ‘Abdu’Llah ibn ‘Alawi al-Haddad.

“Ini Ratib bagi al-Habib ‘Abdu’Llah bin ‘Alawi al-Haddad juga yang banyak manfaat dunya dan akhirat lagi zahir berkatnya bagi mereka yang beramal dengannya.”

– Almarhum Tuan Guru Ḥāji Sulong al-Fatani.

Ratib al-Haddad ialah sebuah amalan yang disusun oleh seorang Wali Allah yang besar di dalam sejarah ummat Islam iaitu Quṭb al-Irshad al-Imam al-Habib ‘Abdu’Llāh ibn ‘Alawi al-Ḥaddad yang berasal dari Hadramawt, Yaman. ‘Amalan Ratib al-Haddad tidak asing lagi di kalangan bangsa Melayu dan telah diamalkan semenjak sekian lama.

Karya ini mengumpul dan melampirkan manuskrip Jawi Ratib al-Haddad dan kitab-kitab Jawi yang melampirkan Ratib al-Haddad. Karya ini juga menjelaskan siapakah ulama di Alam Melayu yang mengamalkan ratib ini serta sanad mereka yang bersilsilah kepada Imam al-Haddad.

Karya ini juga menerangkan tentang pengaruh amalan Ratib al-Haddad di Alam Melayu antaranya di Terengganu, Johor dan lain-lain negeri Melayu.
---
Author: Abdul Razak Abdul Rahman
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
Pages: 275pp
Year: 2021

Share this Product