Kenangan Luka | Sybil Kathigasu
“Selama ini aku membenteng azam akan segala cabaran, dan menyedari bahawa segala sesuatu yang berlaku ini hanyalah serpihan daripada Takdir Tuhan untukku, yang ternyata di luar pemahamanku sebagai seorang manusia.”
Sybil Kathigasu tidak hanya menggalas khidmat sebagai jururawat dan bidan, namun wirawati negara saat pecah Perang Dunia Kedua ini sehabis kudrat membenteng tanah air daripada cengkaman Matahari Terbit yang menggilai darah dan air mata Malaya.
Wanita Serani yang fasih berbahasa Kantonis, Sybil berkhidmat di Ipoh sebelum berpindah ke Papan saat Tanah Melayu ditempik Nippon. Tak terpacul walau sedetik ketakutan bertentang mata dengan Kempeitai, Sybil mengumpul dan memberi khabar berita kepada anggota gerila dan gerakan anti-Jepun, malah kepakarannya dalam perubatan serba sedikit memperkuat benteng melawan kedurjanaan si Jepun. Tak sedikit bahana menimpa __ dia diseksa tanpa belas kasihan, anaknya hampir dipanggang dan tubuh wanitanya dihunus timbunan derita; perjuangan Sybil menyala-nyala, sehinggalah penyerahan kuasa Jepun kepada British pada Ogos 1945.