Sejarah Adat Perpatih Seri Menanti

Sejarah Adat Perpatih Seri Menanti

Regular price RM91.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Tax included. Shipping calculated at checkout.

Sejarah Adat Perpatih Seri Menanti merupakan sebuah rujukan penting dalam memahami sejarah dan amalan Adat Perpatih secara mendalam, selain mengajukan semula sejarah lama Seri Menanti yang semakin jarang diperkatakan. sejarah sebenar adat di Seri Menanti perlu ditinjau secara mendalam dan yang sebenarnya adat di Seri Menanti bermula bila datangnya Yamtuan Lenggang yang membina telapaknya di Buyau Seri Menanti. Ketibaan Yamtuan Lenggang adalah dalam jumlah yang begitu ramai dan baginda telah membawa seluruh rakyatnya di 50 Koto untuk datang dan membuat adat di Buyau, Seri Menanti. Mana-mana yang tidak bersuku lalu diberi masuk suku yang sepatutnya.

Masuk suku secara paksa rela. Orang asal pula terpaksa disukukan jika mahu terus tinggal di Seri Menanti dan mana-mana yang tidak mahu disukukan akan berpindah ke Kampung Parit Seberang yang berdekatan dengan telapak Dato’ Penghulu Bongkok, Penghulu Ulu Muar yang ke-7.

 


Share this Product