Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis

Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis

Regular price RM97.50 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Shipping calculated at checkout.

Para alim ulama sejak daripada zaman salaf lagi sangat menumpukan perhatian kepada ilmu akidah, bahkan mereka mengutamakannya dalam mempelajari dan mengajarkannya, berbanding cabang-cabang ilmu agama Islam yang lain, kerana:

Akidah merupakan dasar Islam dan tapak asas agama. Segala amalan tidak diterima dan setiap perkataan tidak membawa kebaikan melainkan dengan akidah yang benar.
Ia adalah fitrah yang Allah telah ciptakan manusia di atasnya.

Akidah adalah kewajipan pertama bagi para mukalaf yang telah cukup umur dan wajib melaksanakan perintah Allah.

Akidah merupakan perkara pertama yang didakwahkan oleh para Nabi yang diutuskan kepada kaum mereka.

Inilah tujuan asal penciptaan jin dan manusia.

Generasi akhir umat ini tidak sesekali akan dapat diperbaiki melainkan dengan perkara yang memperbaiki generasi awal umat ini.

Justeru, di kala umat Islam di Malaysia disibukkan dengan isu mengehadkan takrifan Ahli Sunnah wal Jama’ah hanya kepada yang berpegang dengan akidah Asha’irah dan Maturidiyyah, kitab Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis yang dibentangkan oleh Imam Abu Uthman Isma’il al-Sabuni al-Shafi’i ini sangat bagus, Allah permudahkan kita untuk terbitkan terjemahannya tepat pada waktu umat ini memerlukannya, agar kita mengenali dan memahami pegangan asas umat Islam sebelum zaman fitnah, ketika kerosakan belum lagi bercampur aduk dalam pemikiran kaum Muslimin. Inilah pegangan akidah yang diwarisi secara turun-temurun daripada Nabi SAW dan para sahabat.


Share this Product