Agama, Bangsa dan Tanahair

Agama, Bangsa dan Tanahair

Regular price RM71.50 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Shipping calculated at checkout.
Daripada galuran sejarah, Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah (DMW) ialah pelopor kepada pemodenan pendidikan Islam tanah air yang sebelum itu terbatas kepada pengajian di rumah tuan guru, surau, masjid dan pondok.

Benih-benih penubuhan Madrasah DMW bermula apabila Shaykh ‘Abdu‘Llāh Fahim mengambil keputusan untuk pulang ke Kepala Batas dari kota Makkah pada tahun 1915M dan memulakan pengajian agama secara ‘umūmī di masjid dan di rumahnya sendiri sehinggalah mendapat sambutan daripada masharakat setempat.

Buku ini mempersembahkan dapatan mendalam terhadap penubuhan, peranan dan sejarah Madrasah DMW sejak ditubuhkan oleh Shaykh Abdu’Llāh Fāhīm sehingga pengambilalihan oleh kerajaan sekitar 1970-an.

Penulis dalam kajiannya pada 1982 berjaya menemubual anak-anak murid Shaykh Abdu’Llāh Fāhīm dan kakitangan Madrasah DMW yang masih hidup ketika itu bagi berkongsi pengalaman, kejayaan, kegemilangan dan jatuh bangun Madrasah DMW yang menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa bersejarah siyasah dan agama sehingga menjadi tempat perhimpunan dan pertemuan tokoh-tokoh ‘ilmuwan, politik dan masharakat.

Buku ini menghidangkan catatan sejarah dan gambar berharga bagaimana sebuah institusi pendidikan memberi sumbangan besar terhadap agama, bangsa dan tanah air.
---
Author: Nasirrahman Hj Saad Khiruddin
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
Year: 2022
Pages: 297pp

Share this Product