Harimau Jadian (Hugh Clifford)

Harimau Jadian (Hugh Clifford)

Regular price RM26.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Shipping calculated at checkout.
Kisah terawal tentang kewujudan Harimau Jadian dicatat buat pertama kali oleh orang Portugis di Melaka. Pengembara British pada zaman Victoria yang datang ke Tanah Melayu bukan sekadar merakamkan kisah tentang Harimau Jadian, malah turut menceritakan tentang beberapa buah perkampungan Harimau Jadian yang tersembunyi jauh di dalam hutan belantara di Tanah Melayu. Mitos berbaur mistik ini menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat Melayu yang tinggal di kampung disebabkan keupayaan makhluk ini membunuh mangsa dengan menyerang hendap secara senyap tanpa disedari mangsa itu, kebiasaannya bertujuan membalas dendam.

Kisah Harimau Jadian ditulis oleh bekas pegawai kolonial yang terkenal di Tanah Melayu, iaitu Sir Hugh Clifford dan pertama kali diterbitkan pada 1916. Kisah ini merupakan cerita pendek tentang pengalaman penduduk kampung dengan seorang pedagang yang berhijrah dari Sumatera dan makhluk mistik di Slim, Pahang. Sir Hugh Clifford berkhidmat sebagai Residen British di negeri Pahang dan kemudian menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

Nutmeg Publishing. 64pp.

Share this Product