Penyucian Kalbu: Tanda Penyakit Hati dan Penawarnya

Penyucian Kalbu: Tanda Penyakit Hati dan Penawarnya

Regular price RM69.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Tax included. Shipping calculated at checkout.
Kalbu atau hati yang sihat menentukan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Pelbagai konflik, dari pergeseran antara saudara-mara sehinggalah ke perang antara negara, berpunca dari penyakit hati.

Kitab Matharatu`l-Qulub karangan Imam Maulūd merupakan antara panduan terbaik bagi mengasuh kalbu. Ia kini diberikan huraian amat menyentuh perasaan dan selari dengan keperluan semasa oleh Syeikh Hamza Yusuf, ulama pertama dari Amerika Syarikat yang menjadi pensyarah universiti tertua di dunia, Universiti Qarawiyin, Maghribi, dan juga pengasas kolej Islam pertama di Amerika Syarikat.
---
SHEIKH HAMZA YUSUF HANSON ialah seorang ulama, muallaf, guru, dan salah seorang pengasas Kolej Zaytuna di Berkeley, California, Amerika Syarikat. Beliau ialah warganegara Amerika yang memeluk Islam, dan merupakan salah seorang penandatangan A Common Word Between Us and You (Persefahaman Antara Kami dan Anda), sepucuk surat terbuka daripada para ulama Islam kepada para pemimpin Kristian, yang menyeru keamanan dan kesefahaman.

Share this Product