Negeri Muar dan Temenggung Muar

Negeri Muar dan Temenggung Muar

Regular price RM40.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Tax included. Shipping calculated at checkout.

Negeri Muar mempunyai sejarah yang panjang dan unik sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selama berabad-abad, wilayah ini diperintah oleh Raja-Raja Temenggung Muar yang berperanan menjaga keamanan, mentadbir jajahan serta menjadi wakil kepada sultan yang memerintah Johor.

Buku ini menghimpunkan sejarah lisan, salasilah keluarga, tradisi tempatan dan pelbagai catatan sejarah berkaitan Negeri Muar serta Raja-Raja Temenggung Muar. Turut diketengahkan pergolakan politik yang melibatkan Sultan Ali Iskandar Syah, Maharaja Abu Bakar, Pemilihan Kuala Kesang dan Perang Jementah yang akhirnya mengubah perjalanan sejarah Muar.

Sebagai sebuah dokumentasi sejarah lisan dan warisan, buku ini mengangkat kembali kisah Negeri Muar serta legasi Raja-Raja Temenggung Muar yang pernah memainkan peranan penting dalam sejarah Johor.


Share this Product