Misteri Mayat Gadis Desa & Gila-gila Kehidupan di Pedalaman Mesir - Taqwfiq al-Hakim
Regular price
RM45.00 MYR
Tax included.
Shipping calculated at checkout.
Seorang pendakwa raya muda yang penuh cita-cita telah diutus dari hiruk-pikuk kota ke sebuah desa terpencil Mesir bagi menyiasat jenayah yang berat. Berbekalkan pendidikan perundangan dari benua Eropah, pemuda ini yakin bahawa keadilan dapat ditegakkan di ceruk pedalaman ini. Namun, segalanya sia-sia. Semakin jauh mengejar kebenaran, semakin jelas kepadanya: keadilan tidak semudah yang disangkakan. Sindiran lucu dalam novel sasterawan besar Mesir ini masih menyinggung kita sehingga kini.