Memikir-Ulang Nasionalisme Melayu: Kuasa, Rasuah dan Hipokrasi

Memikir-Ulang Nasionalisme Melayu: Kuasa, Rasuah dan Hipokrasi

Regular price RM50.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Tax included. Shipping calculated at checkout.

kepada rasa sebuah kebangkitan?

Memikir-Ulang Nasionalisme Melayu: Kuasa, Rasuah dan Hipokrasi bukan sekadar buku sejarah, dan bukan juga nostalgia kosong tentang kegemilangan lalu. Ia adalah teguran yang keras, tetapi perlu dizahirkan kepada satu bangsa yang semakin keliru antara perjuangan dan kepentingan.

Daripada penentangan terhadap Malayan Union hingga kepada realiti politik hari ini, buku ini menelusuri bagaimana nasionalisme Melayu yang suatu ketika dahulu menjadi asas pembebasan, kini semakin terhakis oleh perebutan kuasa, rasuah, dan hipokrasi. Nasionalisme tidak lagi menjadi roh perjuangan, tetapi sekadar slogan yang dipakai ketika perlu dan ditanggalkan apabila tidak lagi menguntungkan.

Melalui analisis sejarah, pembacaan kritikal, dan perbandingan dengan perkembangan semasa, penulis mengajak pembaca melihat semula asas nasionalisme Melayu: apa yang telah hilang, di mana silapnya, dan mengapa kegagalan hari ini sebenarnya mengulangi pola lama.

Ini bukan buku untuk menyalahkan orang lain. Ini buku untuk memaksa kita melihat diri sendiri.

Kerana akhirnya, persoalannya bukan lagi sama ada Melayu akan hilang atau tidak, tetapi Melayu yang bagaimana yang akan terus wujud.


Share this Product