Faridah Hanom ~ Syed Sheikh Al-Hady (1968)

Faridah Hanom ~ Syed Sheikh Al-Hady (1968)

Regular price RM220.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Tax included. Shipping calculated at checkout.
Hikayat Faridah Hanom adalah novel hasil karya Syed Syeikh al-Hadi pada tahun 1925. Novel ini menggunakan kata 'hikayat' sebagaimana 'Hikayat Abdullah' atau 'Hikayat Inderputera'. Hikayat Faridah Hanom mengisahkan percintaan sepasang anak muda keturunan bangsawan iaitu Faridah Hanom dengan Shafik Afandi.

Novel ini menggambarkan percintaan muda-mudi yang terhalang seperti yang digambarkan dalam cerita liput lara Melayu. Pertemuan pasangan yang bercinta itu adalah secara biasa dan tiada lagi diselitkan unsur-unsur khayalan seperti mimpi.

Hikayat Faridah Hanum menampilkan perkahwinan paksa antara Faridah Hanum dengan sepupunya Baharuddin Affandi. Sebagai tanda protes terhadap amalan ini, pengarang mengambarkan perkahwinan yang ditetapkan oleh orang tua itu tidak membahagiakan.

Cetakan Pertama. Pustaka Antara. Kondisi kulit buku tidak berapa baik. Kondisi teks dalam tiada sebarang contengan.

Share this Product