Barretto de Resende Malacca: Catatan Portugis Abad ke-16 dan ke-17
Barretto de Resende Malacca: Catatan Portugis Abad ke-16 dan ke-17 mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi kerana memberikan gambaran tentang dunia Melayu pada abad ke-16 dan ke-17 khususnya Melaka.
Pencatat berbangsa Portugis ini pernah tiba di Melaka malah menyaksikan kejatuhan Melaka di tangan penjajah Portugis. Catatan menerusi manuskrip ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh W. George Maxwell beserta huraian lanjut beliau sebelum diterbitkan pada tahun 1911.
Artikel tersebut diberi judul “Barretto de Resende’s Account of Malacca”. Manuskrip tersebut mengandungi pelbagai maklumat penting tentang struktur kota Melaka, perdagangan antarabangsa, masyarakat majmuk, sistem pertahanan, budaya Melayu dan hubungan politik serantau pada era pendudukan Portugis. Namun, buku ini menjadi lebih signifikan, di samping ia merupakan terjemahan pertama ke bahasa Melayu, penterjemah telah berusaha menilai dan mengkaji hasil tulisan dua pengkaji Eropah tersebut secara seimbang dengan menggabungkan pendekatan sejarah, historiografi dan analisis budaya.
Terjemahan ini juga penting bagi memperkayakan sumber maklumat dalam bahasa Melayu berhubung Melaka.