Kesedaran Diri dan Kekeldaian

Kesedaran Diri dan Kekeldaian

Regular price RM30.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Tax included. Shipping calculated at checkout.

Kesedaran Diri dan Kekeldaian merupakan terjemahan daripada syarahan Ali Shariati berjudul Khud Oghohi va Istihmar, yang memperkenalkan istilah estehmār’ (kekeldaian atau pembodohan) sebagai salah satu bentuk penindasan yang bergerak seiring dengan esteţmār (eksploitasi ekonomi) dan estebdād (kekerasan politik). Ketiga-tiganya membentuk struktur cengkaman penindasan tiga penjuru; iaitu dalam ranah budaya, ekonomi, dan politik.

Istilah-istilah ini diterokai dan diperdalam melalui pemerhatian tajam Shariati terhadap perilaku bangsanya, terutamanya golongan elit dan agamawan yang aktif mengawal naratif kebudayaan Iran ketika itu. Tidak sedikit masalah-masalah yang menimpa umat manusia hari ini akibat daripada tindak-tanduk orang-orang “bodoh” di pundak kekuasaan. Kepimpinan yang bodoh, lantas sombong pula dengan kebodohannya, tidak sahaja mendatangkan bala dalam agenda pembangunan, bahkan mereka juga memacu proses pembodohan terhadap masyarakat yang dipimpin mereka.

Hal-hal seperti ini begitu berleluasa di negara-negara membangun sehinggakan Syed Hussein Alatas, pemikir besar dari alam Melayu, mengungkapnya sebagai suatu fenomena sosial, diistilahkan sebagai gejala Bebalisme dan kepimpinan Jadong (singkatan ‘jahat, bodoh dan sombong’). Gejala inilah yang akhirnya merencatkan agenda pembangunan negara sekaligus membantutkan proses pembebasan masyarakat dari belenggu-belenggu yang mengikat mereka.

Pemerhatian Syed Hussein Alatas ini sebenarnya berakar daripada tradisi panjang pemikir-pemikir masyarakat dunia yang berusaha melawan agenda pembodohan yang dipaksakan terhadap masyarakatnya. Sebelumnya, seperti yang terungkap dalam karya terjemahan ini, wujud sosok seperti Ali Shariati yang lantang melondeh nalar-nalar gerakan pembodohan dalam masyarakat Iran.


Share this Product