Catatan Latiff Mohidin

Catatan Latiff Mohidin

Regular price RM45.00 MYR RM0.00 MYR Unit price per
Shipping calculated at checkout.
Bagaikan kuisan-kuisan berus kasar dan halus, silang-menyilang di permukaan kanvas, tak perlu siap atau disiapkan; begitu pulalah tulisan Latiff Mohidin lewat 'Catatan' ini. Biarpun berkisar sekitar pengalaman harian serta ditulis secara ringkas dan bersahaja, kita seolah-olah digamit supaya mengikuti beliau menelusuri pelbagai cabang sastera, baik lokal maupun global, di samping mengenal sosok-sosok sastera sasterawan tersohor. 'Catatan Latiff' ini bukan sekadar bernostalgia tentang dunia sastera dan seni seputar tahun 70-an, malah secara jujur dan bermaruah memaparkan pandangan, gagasan serta harapan beliau terhadap hala tuju dan tradisi kecemerlangan kesusasteraan Melayu. Dengan menekuni 'Catatan' ini, minda kita diajak berfikir supaya bersama terus membajai dan mewarnai pelbagai cabang sastera tanah air.

Share this Product